Ahad, 2 Jun 2013

Selasa, 28 Mei 2013

PELAJAR CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN STPM 2012

Nur Shazwanie Binti Rosehan merupakan pelajar cemerlang STPM 2012 peringkat kebangsaan daripada 18 pelajar cemerlang peringkat kebangsaa. Beliau juga merupakan calon pelajar luar bandar yang cemerlang. Beliau memperoleh 4 plat atau Pelajar Yang Mendapat Lima Gred A Dalam STPM 2012 dalam mata pelajaran Pegajian Am, Geografi, Sejarah, Bahasa Melayu dan Pengajian Perniagaan.












Senarai Pelajar Yang Mendapat Lima Gred A Dalam STPM 2012

1 Loh Chee Keen SMJK Katholik, Petaling Jaya,Selangor
2 Wong Vooi Keat SMJK Katholik, Petaling Jaya,Selangor
3 Yeoh Chin Vern SMJK Katholik, Petaling Jaya,Selangor
4 Che Liyana ‘Izzati binti Che Rozali,SMK Jengka 2, Bandar Pusat, Pahang
5 Mohd Shamsul Amin bin Md Yusof,SMK (A) Pahang, Muadzam Shah, Pahang
6 Azira binti Mohd Asri SMK Bukit Jawa, Pasir Putih, Kelantan
7 Nurhanisah binti Deraman SMK Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan
8 Ahmad Herman bin Rodzi SMK Ketereh, Kota Bharu, Kelantan
9 Siti Aidah binti Othman SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan
10 Puah Chien Yee SMK Tun Dr. Ismail, Muar, Johor
11 Lee Wai Keat SMK Tinggi Batu Pahat, Batu Pahat, Johor
12 Nur Shazwanie binti Rosehan,SMK Tun Sardon, Batu Pahat, Johor
13 Aw Yeong Zhi Sheng SMJK Chung Ling, Georgetown, Pulau Pinang
14 Normadia binti Manaf SMK Putra, Jerteh, Terengganu
15 Ng Candy SMK (L) Methodist, Kuala Lumpur
16 Lew Ruenn Shen SMK (L) Methodist, Kuala Lumpur
17 Phoon Yin Jiat SMK (L) Methodist, Kuala Lumpur
18 Chong Keen Kok SMK (L) Methodist, Kuala Lumpur

sumber: http://www.mpm.edu.my/documents/10156/d1cf58ca-e252-4e76-8f89-908365105794  

Isnin, 27 Mei 2013

GURU AKADEMIK PRA UNIVERSITI SMK TUN SARDON


Belakang dari kiri : Tn. Hj. Asimat bin Sarnawi, En. Yusoff bin Abdullah,
En. Zainal Fitri bin Abu Bakar,Tn. Hj. Faid bin Mohamad.
Depan dari kiri: Puan Sarimah Binti Safar, Puan Nurul Hamdah bt Saruan, Puan Aida Binti Suyot, 
Puan Sharifah Khairani bt Toaman, Puan Siti Khadijah Binti Tamam


Puan Nurbaya Binti Abd. Wahab



En. Mohd. Hafiz Bin Suhaimi

Terima kasih guru atas didikanmu pada kami. Segala usaha, pengorbanan dan lelah yang kau curahkan tidak mampu kami membalasnya. Moga dirimu sentiasa dalam Rahmat Allah. Kami akan sentiasa mengingatimu dan mendoakanmu...

Ahad, 26 Mei 2013


PRA UNIVERSITI SMK TUN SARDON

VISI
Menjadikan pelajar pra universiti SMK Tun Sardon 
unggul penjana generasi terbilang

MISI
Membangunkan potensi pelajar pra universiti
melalui pendidikan berkualiti

MATLAMAT
Melahirkan pelajar pra universiti yang cemerlang dengan pencapaian
kelulusan STPM 100% dan berjaya melanjutkan pelajaran ke menara 
gading
Mempertingkatkan potensi diri para pelajar
dalam bidang kurikulum dan kokurikulum

OBJEKTIF
Melahirkan pelajar bersahsiah cemerlang 
Menjadikan suasana persekitaran pembelajaran sentiasa kondusif
Mewujudkan generasi pelajar pra universiti yang berkepimpinan tinggi dalam pelbagai aspek

kata-kata aluan...

Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

     Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana blog Pra U SMK Tun Sardon dapat dihasilkan atas usaha para guru dan pelajar PRA U SMK Tun Sardon. Blog ini dicipta untuk dijadikan sebagai medium perantaraan bagi seluruh warga pra universiti untuk dijadikan sebagai memori selain mempamerkan hasil kreativiti dan inovasi masing-masing. Penerbitan blog ini merakamkan segala pengalaman suka dan duka dapat dikongsi bersama untuk meneruskan matlamat sekolah bagi menjadi yang terbaik antara yang terbaik pada tahun-tahun yang akan datang

     Sesungguhnya, penghasilan blog pra universiti ini menjadi santapan minda dan pembakar semangat generasi mendatang untuk lebih maju kehadapan. Blog ini merupakan satu sumber media elektronik yang berkesan sebagai wadah ilmu sejagat selaras dengan visi dan misi SMK Tun Sardon. Semoga dengan wujudnya blog Pra Universiti SMK Tun Sardon ini menjadi titian penghubung kepada generasi yang akan datang dengan harapan kejayaan mengiringi setiap langkah pelajar Pra universiti.... " 1 step to IPT "

Sekian Terima Kasih....